Wednesday, April 9, 2008

.:: Johor @ Undi Rosak ::.

Paper utusan harin ih ader inform johor catat undi rosak tertinggi...hurm aku simpulkan orang2 yg sokong BN tak puas hati tp dlm masa yg sama tak nak sokong pembangkang...sbb tuh la terhasilnya undi rosak yg sgt tinggi kat johor....pegang dedua lak tuh undi rosak parlimen kedua tertinggi lepas sabah dan dun yg tertinggi...huirmmmm pk2 kan la ekk... kat sini aku paste kan berita yg aku dapat drpd utusan tuh...http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm.

Korang baca la sendiri....

""Johor catat undi rosak tertinggi
PUTRAJAYA 8 April – Sebanyak 321,885 undi rosak dikesan semasa pengundian Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
Daripada jumlah itu, Johor mencatat jumlah tertinggi apabila masing-masing 28,709 dan 25,455 undi rosak dicatatkan dalam pengundian 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini menjadikan sejumlah 54,164 undi rosak dicatatkan di negeri tersebut.
Menurut statistik yang dipaparkan pada laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Johor pada masa sama mencatat peratus tertinggi undi rosak peringkat DUN apabila mencatatkan 2.55 peratus.""

0 comments: