Tuesday, April 22, 2008

.:: Lompat Parti @ Hujah di TV9 ::.

Tadi kat TV9 ada rancangan bual bicara HUJAH yang membincangkan topik "Lompat Parti". Perantaranya, Dr Agus...panel ahli Parlimen Datuk Mohd Aziz Mohamad (P 149) n sorang profesor seorang penganalisis politik.

Perbincangan sangat hangat, yer la membincangkan seseorang ahli parti yg mewakili komponen samada Kerajaan atau Pembangkang yang berhajat hendak melompat parti. Nie semua pasal ada ura2 hari tuh ader kata nk wujudkan balik undang2 berkaitan dengan Lompat-melompat nih after keputusan PRU-12 keluar. Aku setuju ngan kata YB Datuk, seorang ahli parti dipilih oleh parti untuk mewakili parti sebagai suara kepada rakyat. Kata YB Datuk lagi, ini semua berkaitan dengan Integriti dan Jati Diri YB yang berhajat nk melompat parti, mereka harus sedar yang mereka nie mewakili parti dan memegang amanah parti, yang paling utama mereka dipilih oleh rakyat.

Dari pemerhatian aku sebagai insan yang sgt kerdil dlm dunia politik nih, Perantara bual bicara ini nampak berat sebelah, dia seolah-olah hanya menyatakan mengenai wakil daripada Kerajaan sahaja yang mungkin berhajat hendak melompat parti. Akhirnya aku puas hati sbb Ahli panel Prof tuh tanyer balik kat dia kalo parti pembangkang nak lompat parti ke parti Kerajaan pula bagaimana.

Dalam hal-hal macam nih, kita sendiri tak dapat jangka sesiapa yg berhajat nk melompat parti, kemungkinan YB yang mewakili parti Kerajaan dan tak mungkin juga wakil daripada parti pembangkang. Aku setuju dengan kata YB Datuk Mat Aziz, kalo tempua bersarang rendah mesti ada sebabnya, tidak memikir la YB-YB Kerajaan yang nk lompat tuh, mereka seolah-olah jalan terbalik kaki ke atas kepala di bawah. Mereka juga kata YB Datuk Mat Aziz seolah-olah nk melangkah ke belakang, takpun ada udang di sebalik batu. Bagi aku, kata-kata YB datuk sangat beralas tapi penuh dengan makna-makna yang tersirat. YB Datuk menambah lagi cerita-cerita lompat parti ini hanyalah lagu yang dinyanyikan oleh parti pembangkang untuk melaga-lagakan ahli BN.

Prof pulak menambah, undang-undang nih tidak relevan kerana ianya bukan melibatkan parti daripada pihak kerajaan jerk malahan melibatkan parti pembangkang. Prof yakin dengan hujahnya bahawa parti pembangkang pun tidak mahu ahli partinya melompat parti. Aku setuju tuh. Aku tengok, YB Datuk ngan Prof nampak sependapat dengan hujah masing-masing, tetapi Dr Agus banyak membantah.

Kesimpulan daripada perbincangan HUJAH nih, Dr Agus menyatakan masih ader pro n kon nyer undang-undang untuk lompat parti nih, selain tuh masih banyak yang perlu diperhalusi dan dikaji untuk melaksanakan undang-undang nih.

Aku SETUJU sangat dengan kata YB Datuk nih, yer la cerita tuh dh tak hangat lagi tapi DSAI yang memomok-momokkan semula cerita tuh masa Perhimpunan 'BLACK 14', bagi aku nih semua nk menarik perhatian akar umbi bahawa ahli-ahli yang mewakili kerajaan pun sudah tidak percaya kepada kerajaan. Bagi aku, masih banyak yang perlu difikirkan untuk menerima bulat-bulat aper yang dikatakan oleh DSAI. Aku Rakyat Malaysia yang Berbangsa Melayu tidak mudah menerima kata-kata DSAI nih, kalo betul dia memperjuangkan bangsa kenapa tak bergabung dengan PAS, bagi aku kat sini nampak DSAI mempunyai agenda tersendiri dan dia tidak sependapat ngan agenda PAS. Mungkin DSAI masih ada dendam pada kerajaan n yang menerima bahananya bangsa Melayu.

p/s: aper-aper pun waallahua'lam

0 comments: